JERTIH: Sebanyak 100 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip dari dasar laut dan pantai oleh sukarelawan termasuk penyelam skuba menerusi program 'PADI Aware Dive Against Debris' di kawasan Pulau Perhentian dekat sini, semalam.
Penasihat program itu, Datuk Zuraidah Atan berkata jumlah itu termasuk 40kg pelbagai jenis sampah yang dikutip di kawasan terumbu karang dasar laut oleh 20 penyelam skuba dalam tempoh satu jam menyelam.
"Botol plastik, tali, kasut, selipar antara yang banyak dikutip di dasar kawasan terumbu karang sedalam 10 meter dan masih banyak yang belum berjaya dikutip.
"Antara sampah yang banyak dikutip di tepi pantai pula ialah puntung rokok, botol plastik dan tin minuman," katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.
Beliau berkata program membabitkan 100 sukarelawan termasuk penyelam skuba profesional itu dianjurkan bersama Yayasan Salam Malaysia dan Black Eye Scuba Team menerusi Sea Daddy Diver Services.
Menurut Zuraidah semua sampah yang dikutip dikumpul, diukur, diasing dan ditimbang serta direkod mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Persatuan Jurulatih Selaman Profesional (PADI).
"Data yang diperoleh akan diserahkan kepada Pangkalan Data Gobal PADI dan jabatan atau agensi kerajaan seperti Jabatan Perikanan untuk tujuan penyelidikan," katanya.
Beliau berkata program yang mendapat sokongan daripada pelbagai agensi termasuk kerajaan negeri dan pusat itu dilaksanakan bagi memupuk semangat menjaga alam sekitar khususnya pemuliharaan laut dan kebersihan pantai selaras dengan slogan 'Menjaga Pantai dan Laut Bersih, Budaya Mulia, Amalan Kita'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023
Antara sampah yang banyak dikutip di tepi pantai pula ialah puntung rokok, botol plastik dan tin minuman. - Gambar hiasan/BERNAMA
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Kutip 400 kg sampah sempena Pulau Kita Day, puntung rokok paling banyak!
Aktiviti pembersihan pesisir pantai sempena dengan Pulau Kita Day bertempat di Pulau Tioman, Pahang berjaya mengumpulkan hampir 400 kg sisa buangan dalam masa lima jam.